Untuk paparan yang lebih bagus sila lihat sini.
Wednesday, 11 September 2013
Tuesday, 10 September 2013
THE BIG BIKERS
LOSING THE PREY
Akibat terlalu berhati-hati atau teragak-agak, maka rezeki pun terlepas. Saksikan video klip paling mengharukan di sini.
Monday, 9 September 2013
THE LITTLE ROCK CLIMBER
also watch here for a better view.
THE ANTS GANGSTER
TOYING with a video capture on macro subjects - red weaver ants and a grasshopper. Belalang yang pantang menyerah kalah.
Wednesday, 4 September 2013
Aku Kena Blog
DALAM aku selongkar-selongkar namaku di alam blog, terjumpalah pulak beberapa blog yang berkaitan, dari blog khas tentang fotografi atau blog oleh rakan-rakan jurufoto pro, amatur, hobbyists hinggalah kepada wartawan. Ada yang menyebut secara khusus, ada juga yang secara sepintas lalu.
Dalam blog Photography Monthly, versi blog majalah fotografi terbitan UK, aku menemukan foto ini yang mereka pilih sebagai Photo of The Day bertarikh 4 September 2012.
Berikutnya aku temukan pula satu lagi karya fotoku dalam photo.net, dalam bahagian Winning Photos from Recent Contests. Ia merupakan foto seekor semut kerengga dalam gaya menaiki motorsikal. Kerengga berkenaan menyeberang dari satu lingkaran ke satu lingkaran pucuk labu.
Sementara itu, seorang strobist terkenal di Tanah Malaya, Ted Adnan, memberi kredit untuk dua fotoku di Taman Nasional Bromo dalam blognya. Ia tentang kami beberapa orang dari kumpulan kami yang melakukan photo tour ke sana tidak lama dahulu.
Jurufoto tersohor seantero Malaya, Yaman Ibrahim
melalui blognya Mata Yaman Fotografi , juga ada menyebut namaku di antara rakan-rakan yang menyertai photo tour ke kepulauan di Semporna. Tour tersebut adalah kendalian seorang lagi rakan karibku, Muslianshah Bin Masrie yang juga ada blognya sendiri dan di sana ada menyebut namaku.
Selain itu, seorang jurufoto nature yang ternama, Cedde Prudente, juga ada menyebut tentang photo tour yang sama dalam blognya.
Dua lagi rakan, Mohd. Shukur Jahar dan Surie Aziz juga ada menyebut tentang bengkel anjuranku yang mereka sertai.
Aku terjumpa juga makluman tentang bengkel tersebut dalam portal kiulukini. Aku agak portal berkenaan dikendalikan oleh seorang rakan baik ku, Lano Lan, untuk wakil rakyat di kawasan tersebut, Datuk Joniston Bangkuai, yang juga rakan sekerja ketika di NSTP.
Akhir sekali, seorang wartawan anak didik ku, Maya Wahida, juga ada menyebutku di dalam blognya.
Demikianlah dunia fotografi telah meramaikan rakanku.

Photo of the day 4 September 2012 dalam blog majalah Photography Monthly, UK. |
Berikutnya aku temukan pula satu lagi karya fotoku dalam photo.net, dalam bahagian Winning Photos from Recent Contests. Ia merupakan foto seekor semut kerengga dalam gaya menaiki motorsikal. Kerengga berkenaan menyeberang dari satu lingkaran ke satu lingkaran pucuk labu.
THE BIG BIKER dalam photo.net |
Sementara itu, seorang strobist terkenal di Tanah Malaya, Ted Adnan, memberi kredit untuk dua fotoku di Taman Nasional Bromo dalam blognya. Ia tentang kami beberapa orang dari kumpulan kami yang melakukan photo tour ke sana tidak lama dahulu.
(Dari kiri): Indra Shahril, Muslianshah Masrie, Ted Adnan dan Eddie Suffian dengan latar belakang Gunung Bromo, Gunung Semeru, dan Gunung Batok. |
Jurufoto tersohor seantero Malaya, Yaman Ibrahim
melalui blognya Mata Yaman Fotografi , juga ada menyebut namaku di antara rakan-rakan yang menyertai photo tour ke kepulauan di Semporna. Tour tersebut adalah kendalian seorang lagi rakan karibku, Muslianshah Bin Masrie yang juga ada blognya sendiri dan di sana ada menyebut namaku.
Selain itu, seorang jurufoto nature yang ternama, Cedde Prudente, juga ada menyebut tentang photo tour yang sama dalam blognya.
Dua lagi rakan, Mohd. Shukur Jahar dan Surie Aziz juga ada menyebut tentang bengkel anjuranku yang mereka sertai.
Aku terjumpa juga makluman tentang bengkel tersebut dalam portal kiulukini. Aku agak portal berkenaan dikendalikan oleh seorang rakan baik ku, Lano Lan, untuk wakil rakyat di kawasan tersebut, Datuk Joniston Bangkuai, yang juga rakan sekerja ketika di NSTP.
Akhir sekali, seorang wartawan anak didik ku, Maya Wahida, juga ada menyebutku di dalam blognya.
Demikianlah dunia fotografi telah meramaikan rakanku.
Tuesday, 3 September 2013
A Workshop with Yaman Ibrahim
Bengkel Hyper Portrait & Environmental Portraiture
bersama Yaman Ibrahim
Tarikh: 26 & 27 Oktober 2013
Tempat: Kota Kinabalu
Yuran: RM400 (SEBELUM 30 September 2013)
RM450 (SELEPAS 30 September 2013)
RM500 (LPO)
Yuran untuk minum pagi, makan tengah hari, minum petang & nota kursus selama 2 hari.
Bayaran yuran:
Affendy Soeto (MAYBANK 110107245249)
Sharif Putra Sharif Ubong (CIMB 10020078793523)
Intisari bengkel:
Hari Pertama:
-preview karya-karya foto potret Yaman Ibrahim
-teori pencahayaan dan editing
-latihan editing berdasarkan foto diberi
Hari Kedua:
-sesi syut di lapangan. tight crop & environmental portraiture
-praktikal editing berdasarkan foto di lapangan
also see here
Kemeja-T ini boleh DIBELI di bengkel nanti.
Monday, 2 September 2013
My Passion for Weaver Ant
SUBJEK TERAS: Cikgu Kerengga 'mengajar'.
|
Aku tahu banyak orang mengelak semut kerana takut digigit. Tapi belum pernah pulak aku dengar ada orang mati digigit oleh semut, kecualilah semut yang memang mengeroyok manusia dengan bisanya macam di Afrika.
Semut kerengga memiliki instinct ingin tahu atau curiousity. Ia fitrah semulajadi kerana ia perlu pastikan apakah benda di hadapannya itu makanan atau sebaliknya. Ia tiada musuh kerana ia hidup tidak bermusuh. Ia cuma hidup mahu makan, macam sesetengah orang.
SALAM KENAL: Menggigit sebagai salam perkenalan.
|
COMICAL: Aksi kerengga yang melucukan.
|
Banyak yang bertanya macamana aku dapat syot antics kerengga sedemikian. Jawapannya mudah. Kerengga bukanlah makhluk yang berfikiran kompleks atau celaru macam kita. Ia cuma tahu ulang alik dari sarang ke lokasi makanan. Dengan kata lain, ia cuma tahu back and forth sahaja, tiada simpang siur dalam kepalanya. Maka, aku pilih satu spot dalam lebuhrayanya di mana aku boleh dapatkan sudut penggambaran yang paling bagus sambil menantikan kerengga lalu di situ.
ULANGALIK: Pergerakan kerengga di situ-situ saja.
|
Aisehmen....aku rasa tujuh hari tujuh malam pun nda habis kalau mahu cerita pasal kerengga.Bah, drop by di ruangan komen kalau mahu ikut bengkel makro akan datang.
PRAKTIKAL:Peserta bengkel Macromania: Shooting
Without Killing kendalianku.
|
Lumba Kerbau
Bila aku nampak gambar ini, aku terfikir akan potensi pelancongan pada makhluk ini yang banyak terdapat di Pantai Barat, terutamanya di Kota Belud iaitu Jelapang Padi negeri Sabah. Kini peranan haiwan lasak ini untuk membajak sawah sudah diambil alih traktor pembajak. Maka jadilah ia makhluk yang jobless yang kerjanya bersiar-siar mencari rumput dan kemudan melepak ramai-ramai di lumpur dan bergosip dalam bahasanya, sementara menunggu giliran untuk dijual sebagai haiwan korban, itupun kalau sudah memenuhi syaratnya.
Prospek industri pelancongan yang aku terfikir dari haiwan ini ialah menjadikannya sebagai kerbau lumba. Aku tertarik dengan konsep lumba sapi (lembu) di Padang, Sumatera. Di sana acara tersebut dikenali sebagai Pacu Jawi.
Acara Pacu Jawi menarik pelancong, terutama jurufoto dari serata dunia. Sewaktu aku ke sana, tidak kurang dari 100 jurufoto amatur dan profesional berada di lokasi lumba untuk merakamkan aksi-aksi menarik perlumbaan. Malah, foto-foto lumba sapi dari acara tersebut banyak menang pelbagai pertandingan foto ternama.
Konsepnya mudah. Seorang joki memacu dua ekor lembu serentak di petak sawah yang basah pada jarak kira-kira 50 meter. Ada lebih sedozen joki mengambil bahagian. Pasangan sapi yang sampai ke garis penamat dinobatkan sebagai pemenang. Malah, seekor sapi diberi nama Rajawali adalah pemecut yang belum dikalahkan rekod pecutnya oleh sapi-sapi yang lain.
Teknik untuk mempercepatkan larian lembu ialah dengan menggigit ekornya. Ia dibolehkan. Oleh kerana ia diadakan di petak sawah yang basah, maka percikan lumpur dan selut menambah nilai fotogenik pada foto yang dirakam oleh jurufoto.
Apa prospek ekonominya? Bayangkanlah ketika aku ke sana, tidak kurang 100 jurufoto luar datang ke Padang. Belum lagi pelancong biasa. Mereka tentunya memerlukan penginapan, pengangkutan, tempat makan dan bahan-bahan cenderamata tempatan untuk dibawa pulang. Lagi pula, acara Pacu Jawi yang asalnya cuma pesta rakyat sebelum bermulanya musim membajak, juga diadakan sempena anak-anak Minang yang merantau mudik (balik kampung) untuk berhari raya. Tapi kini ia boleh diadakan lebih kerap jika ada permintaan, terutamanya dari kalangan jurufoto dari merata tempat yang hendak merakamkan acara tersebut.
Berbalik kepada potensi kerbau tempatan kita di Sabah. Aku pernah saksikan acara lumba kerbau membawa 'guni padi' di padang sempena pesta Tamu Besar Kota Belud. Bagi aku, konsepnya boleh ditingkatkan untuk menjadikannya lebih fotogenik pada pandangan jurufoto.
Aku juga percaya, kalau konsepnya diperbaiki untuk menarik citarasa jurufoto dan pelancong, Kota Belud atau mana-mana daerah yang banyak kerbau, akan lebih meriah di segi pelancongan, bukan sahaja sempena acara tamu tertentu tetapi juga setiap kali acara lumba kerbau diadakan secara on demand dari jurufoto seantero dunia.
Mahukan konsep ideanya? Bah, mari kita ngopi dan perkemaskan idea tersebut.
(kredit foto kerbau bawa 'guni beras' kepada Utti.)

Sunday, 1 September 2013
Pakcik Indan The Cobbler
This is Pakcik (Uncle) Indan, my favourite and ever obliging portraiture subject. The lines on his face is his asset that makes him naturally photogenic. See him on October 27 at the Shoot & Edit Like Yaman Workshop in Kota Kinabalu, Sabah.
Yaman Ibrahim, a name needs no further introduction, is a multiple award winning Malaysian photographer known for his hyper portraiture concepts and works.
View samples of his works here https://www.facebook.com/yamanibrahim66/photos_albums.

See here for details about the workshop
Faith & Food
Food for faith. Faith for food. Food of faith. Faith or food. Which ever way you juggle the words, feed the poor because poverty may well become a cause of infidelity.
To me, this image is very much a food for thought.
He is a Pala'u boy, the sea gypsy of southeastern Sabah near Semporna.
What fuel price hike? What the fuss? We the Pala'u children don't give a damn and yet we survive and are happy playing at our waterworld.
Subscribe to:
Posts (Atom)