SUBJEK TERAS: Cikgu Kerengga 'mengajar'.
|
Aku tahu banyak orang mengelak semut kerana takut digigit. Tapi belum pernah pulak aku dengar ada orang mati digigit oleh semut, kecualilah semut yang memang mengeroyok manusia dengan bisanya macam di Afrika.
Semut kerengga memiliki instinct ingin tahu atau curiousity. Ia fitrah semulajadi kerana ia perlu pastikan apakah benda di hadapannya itu makanan atau sebaliknya. Ia tiada musuh kerana ia hidup tidak bermusuh. Ia cuma hidup mahu makan, macam sesetengah orang.
SALAM KENAL: Menggigit sebagai salam perkenalan.
|
COMICAL: Aksi kerengga yang melucukan.
|
Banyak yang bertanya macamana aku dapat syot antics kerengga sedemikian. Jawapannya mudah. Kerengga bukanlah makhluk yang berfikiran kompleks atau celaru macam kita. Ia cuma tahu ulang alik dari sarang ke lokasi makanan. Dengan kata lain, ia cuma tahu back and forth sahaja, tiada simpang siur dalam kepalanya. Maka, aku pilih satu spot dalam lebuhrayanya di mana aku boleh dapatkan sudut penggambaran yang paling bagus sambil menantikan kerengga lalu di situ.
ULANGALIK: Pergerakan kerengga di situ-situ saja.
|
Aisehmen....aku rasa tujuh hari tujuh malam pun nda habis kalau mahu cerita pasal kerengga.Bah, drop by di ruangan komen kalau mahu ikut bengkel makro akan datang.
PRAKTIKAL:Peserta bengkel Macromania: Shooting
Without Killing kendalianku.
|
tolong tag ya tuan Agoes SK kalau ada bengkel makro nanti :)
ReplyDeleteberesssss
ReplyDelete