Monday 2 September 2013

My Passion for Weaver Ant

SUBJEK TERAS: Cikgu Kerengga 'mengajar'.
Dalam banyak-banyak subjek makro, aku tertarik dengan makhluk kecik yang satu ni. Aku boleh bertahan sehari suntuk mengambil shots  aksi dan antics semut kerengga, orang putih panggil red weaver ant. Ketagihanku dengan semut kerengga membuat aku lebih faham akan tabiatnya dan aku sediakan satu album dalam galeri di FB khas tentang semut kerengga.
Aku tahu banyak orang mengelak semut kerana takut digigit. Tapi belum pernah pulak aku dengar ada orang mati digigit oleh semut, kecualilah semut yang memang mengeroyok manusia dengan bisanya macam di Afrika.
Semut kerengga memiliki instinct  ingin tahu atau curiousity. Ia fitrah semulajadi kerana ia perlu pastikan apakah benda di hadapannya itu makanan atau sebaliknya. Ia tiada musuh kerana ia hidup tidak bermusuh. Ia cuma hidup mahu makan, macam sesetengah orang.
SALAM KENAL: Menggigit sebagai salam perkenalan.
Benar semut kerengga menggigit. Tapi ia menggigit manusia kerana hendak mempertahankan koloninya, atau sahaja 'mahu berkenalan.' Menurut pengalamanku, kerengga akan menggigit aku jika ia belum kenal. Tapi selepas saban hari aku mengambil syot kerengga di koloni yang sama, mereka pun terbiasa dengan bau badanku dan buat perangai Aiman dah tak kesah. 
COMICAL: Aksi kerengga yang melucukan.
Apabila kerengga tak kesah dan tidak berasa terancam dengan kehadiranku, maka mudahlah aku beroperasi merakamkan aksi-aksi atau antics nya. Aku suka menunggu moments kerengga melakukan aksi yang menarik dan comical, kadang-kadang juga human. 
Banyak yang bertanya macamana aku dapat syot antics kerengga sedemikian. Jawapannya mudah. Kerengga bukanlah makhluk yang berfikiran kompleks atau celaru macam kita. Ia cuma tahu ulang alik dari sarang ke lokasi makanan. Dengan kata lain, ia cuma tahu back and forth sahaja, tiada simpang siur dalam kepalanya. Maka, aku pilih satu spot dalam lebuhrayanya di mana aku boleh dapatkan sudut penggambaran yang paling bagus sambil menantikan kerengga lalu di situ.

ULANGALIK: Pergerakan kerengga di situ-situ saja.
Itu saja...? Tentu tidak. Selain teori dan teknik yang sesuai, ada satu perkara yang tidak diajar di majalah. Sabar. Ya, kena ada kesabaran. Kesabaran menunggu momen dan kesabaran menahan penat. Mereka yang telah mengikuti bengkel Macromania: Shooting Without Killing kendalianku, tahu apa yang aku maksudkan.
Aisehmen....aku rasa tujuh hari tujuh malam pun nda habis kalau mahu cerita pasal kerengga.Bah, drop by di ruangan komen kalau mahu ikut bengkel makro akan datang.
PRAKTIKAL:Peserta bengkel Macromania: Shooting 
Without Killing kendalianku.


2 comments: