Tuesday 8 October 2013

PESONA SAMAH: Kembara Foto Alam dan Budaya Kota Belud


Menampilkan pakej kembara foto yang mempesona!

(TERKINI)
DRAF ITINERARI:


Hari I: check-in penginapan di Kota Belud (petang)
            malam - shoot kunang-kunang (opsyenal)
Hari II: sunrisehuman interest@sawah, Lumbo Karabau, landscape/human interest@sungai
             malam - star trail/milky way (opsyenal)
Hari III: sunrisehuman interest/portraiture@pembuatan parang/anyaman, human interest/portraiture@Tamu Minggu (pasar minggu)
             check-out


DALAM masa terdekat kami akan bawakan kepada anda suatu pakej kembara foto (photo travel) yang sukar anda lepaskan! Pakej yang dinamakan PESONA SAMA merupakan satu kembara foto yang menyajikan keunikan serta keindahan alam dan budaya di daerah Kota Belud di Sabah.

Istilah 'Sama' merujuk kepada suku kaum Bajau yang kebanyakannya mendiami Kota Belud, sebuah  daerah  jelapang padi di negeri Sabah. Masyarakat Bajau Sama kaya dengan unsur budaya yang unik dan menarik. Sementara itu istilah 'Belud' pula bermaksud bukit-bukau, sebagaimana yang dapat dilihat pada lanskap daerah ini. Di daerah ini anda dapat lihat dengan jelas pemandangan memukau Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Malaysia yang merupakan ikon lanskap kebanggaan penduduk Sabah. 

Percikan lumpur acara lumba kerbau yang mengasyikkan
Tarikan utama pakej PESONA SAMA ialah acara 'lumbo karabau' atau lumba kerbau. Ia merupakan showcase ketangkasan suku kaum Bajau memacu kerbau, 'jentera pembajak' yang telah dipencenkan sejak ada traktor moden.

Percikan lumpur sawah dari aksi pecutan kerbau yang berlumba akan menaikkan adrenalin anda dan merupakan momen yang mengasyikkan dan ditunggu-tunggu untuk dirakam oleh jurufoto! Anda boleh kategorikan ia dalam genre human interest atau sport atau high speed.


Acara 'lumbo karabau' atau lumba kerbau
Aksi tangkas pemacu kerbau
Pemacu kerbau teruja, anda juga teruja merakamkan momen 
Untuk genre lanskap, peserta akan dibawa merakamkan keindahan fajar tatkala matahari menyinsing dari belakang Gunung Kinabalu. Warna langit yang mempesona dengan silhouette Gunung Kinabalu serta bukit-bukau di bawahnya yang diselaputi kabus pagi...ooh la la...jangan lupa tripod anda! 

Errr....star trail?...milky way...?...Errr...lihatlah keluasan langit Kota Belud pada foto-foto berikutnya. Pilihlah port yang anda suka dan mendongaklah semalaman!

Fajar menyinsing dari belakang Gunung Kinabalu
Sesuai dengan gelarannya sebagai Jelapang Padi negeri Sabah, daerah Kota Belud mempunyai kawasan sawah sejauh saujana mata memandang. Di awal musim, kehijauan pokok padi yang terbentang seumpama permaidani alam menyegarkan pandangan. Ketika padi masak, warna kuning keemasan melambangkan kemakmuran.

Padi menghijau, langit membiru
Pesawah yang ramah mengalu-alukan anda
Antara tekstur menarik permukaan sawah pada hari terik
Pesawah menabur baja
PESONA SAMA tidak terhad pada langit dan sawahnya sahaja. Peserta akan dibawa menyusuri tepian sungai untuk merakam bukan sahaja keindahan pemandangannya tetapi juga objek yang di ada di sana.

Pohon rendang, air sungai cetek tapi deras dan gunung
Sebagai jurufoto, kami tahu apa yang terlintas di fikiran anda tentang aksi human interest yang menarik diadakan di kawasan yang cantik seperti ini dengan latar belakang gunung kebanggaan. Ya, kami akan menyediakanya untuk anda kerana pakej ini sememangnya tailored untuk jurufoto!

Mari saksikan pula apa yang sedia menanti anda di sungai di daerah Kota Belud.

Penduduk kampung memandikan dan melatih kuda                                 
Penduduk kampung merentas jambatan gantung
Kerbau-kerbau mandi-manda...bukan sebarang mandi, yo! Mandi kerbau.
Ooppsss....pandai berenang di air dalam pula si kawan ni!
Bagi genre portret dan environmental protraiture, anda akan dibawa ke tempat pembuatan parang secara tradisional, satu-satunya yang ada di Sabah! Rakamkan momen mahir besi menempa besi panas membara menjadi parang kegunaan seharian masyarakat pekebun dan petani di daerah ini.

Phew....! Banyak yang hendak ditulis dan dipaparkan di ruangan ini. Setakat yang ada ini pun sudah dapat menggamit dan menggugah keinginan anda untuk menyertai kami di PESONA SAMA: KEMBARA FOTO ALAM DAN BUDAYA KOTA BELUD.

Kami masih di peringkat akhir fine-tuning pakej ini untuk memberi kepuasan dan menjadikan kos anda berbaloi-baloi. Insya Allah dalam masa yang terdekat kami akan publish jadual, itinerary, dan kos pakej. Pakej ini diadakan secara on demand. Walaupun anda SEORANG SAHAJA yang hendak ke sana, kami sedia membawa anda. Tetapi bak kata pepatah, the more, the merrier, warwarkan ia kepada rakan-rakan anda untuk berkongsi pengalaman anda di PESONA SAMA!

Sentiasalah lawati blog ini untuk sebarang makluman terkini berkaitan pakej ini atau hubungi kami di alamat emel agoeskk@gmail.com

BAH, SETEMU LAGI KITEI
(Sehingga kita bertemu lagi, dalam lingo Bajau Sama)




4 comments:

  1. Wah !!!! Best nya.Jeles aku!!!

    Best part,kerabau mandi sendiri dan tak perlu di mandi kan hahahaah

    ReplyDelete
  2. ...karabau tempat lain berkubang di lumpur...
    ...karabau KayBee butul-butul MANDI sampei bersih woh...

    ReplyDelete
  3. LOL ! Kalu aku free ada la muka aku di kk?kb time tu

    ReplyDelete
  4. Hehehehe aku baru perasan tu anjing pun merentas jambatan gantung ...behave lagi tu

    ReplyDelete